Salam…1 malaysia...
Siput sungai atau laut sedut masak lemak bersama pucuk paku ni memang masakan kampung2 yang paling digemari siapa2 seja.. tidak kira yg tua kah muda..smua belasah... sadap bah ni..
Biasanya kalau makan di restoran kah warung pun di mana jak di benua asia saya jumpa..bye2x.. haha, saya suka sangat pilih lauk ni…. pembuka selera klu di bandar..
Hari ni saya berpeluang kongsi skit lah cara2 ok…siput ni di kl dkat area chowkit(pasar) ada jual.klu siapa di tggl kerja dkat kl lah.hihi. walaupun agak leceh kerjanya, kerana terpaksa mencuci bersih siput yg penuh lumpur tu berkali2…..klu mo berus pn bulih bha..
Jika anda first time memasak siput sedut ni jangan lupa potong hujungnya sedikit ya… kalau tidak nanti, isi siput nanti tak dapat keluar sewaktu kita menyedutnya…..kamurang tahu jgak bah kan? hihi
Hidangan yang telah siap dimasak….atau di proses
Ini gambar siput yg telah saya cuci bersih…. tinggal tunggu di potong hujungnya…
Ni lah siput sedut yg telah di potong hujungnya…. memang leceh sikit kerjanya sebab kena potong dgn parang satu2 hingga siput habis…tapi klu saya gunakan PLAYAR lg senang.. biar pun leceh tapi nanti hasilnya sangat berbaloi2!!!
Jom kita tengok2 resepi…
Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Paku
1 kg siput sedut yg telah dicuci bersih dan dipotong hujungnya
2 ikat pucuk paku
1 biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
2 sudu besar udang kering/ikan bilis -kisar
3/4 inci halia ( jika suka – tak bubuh pun tak apa ) -kisar
6 – 10 biji cili padi -kisar
1 btg serai di titik/diketuk2 sedikit
200 g santan pekat
air secukupnya utk kuah
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit
2 ikat pucuk paku
1 biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
2 sudu besar udang kering/ikan bilis -kisar
3/4 inci halia ( jika suka – tak bubuh pun tak apa ) -kisar
6 – 10 biji cili padi -kisar
1 btg serai di titik/diketuk2 sedikit
200 g santan pekat
air secukupnya utk kuah
garam secukupnya
sedikit serbuk kunyit
Cara Penyediaan
1. Satukan Siput sedut, santan pekat, air, bahan2 kisar, serbuk kunyit dan serai.
2. Masak hingga mendidih..
3. Bila dah mendidih kena selalu kacau2 kan kuah supaya tak pecah santannya.
4. Masak seketika anggaran dalam 3 minit baru masukkan sayur pucuk paku…
5. Bila pucuk paku telah layu, bubuh garam, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat….
2. Masak hingga mendidih..
3. Bila dah mendidih kena selalu kacau2 kan kuah supaya tak pecah santannya.
4. Masak seketika anggaran dalam 3 minit baru masukkan sayur pucuk paku…
5. Bila pucuk paku telah layu, bubuh garam, sesuaikan rasanya dan bolehlah diangkat….
Layan….