Kerjaya

Setiap pekerjaan ada skopnya. Dengan kata lain, bidang tugas. Terlebih rajin buat kerja lain, bagi saya baik sebab tu semua ilmu dan pengalaman. Balik kampung, kerja kampung. Bosan, keluar kampung balik bandar cari lah keja yg bersesuaian..Kita jadi serba boleh, terbiasa kerja lasak di kampung.. sebab ada pelbagai kemahiran secara tak langsung, tp klu xder sijil kemahiran pn xde guna gak. Kalau kemahiran setakat dari kampung2 kaannn??? Iya.. Selalu bantu kerja orang lain secara umumnya nampak macam rugi. Dari xde kemahiran sampai cari kemahiran, kita dapat pahala meringankan beban . Jadi rugi kalau tak CARI KEMAHIRAN. Kepada adik2 di luar sana yg xmampu belajar keTAHAP yg lebih tinggi (nak enjoy ja x pikir masa depan jangan jadi mcam sa)..atau lepas SPM duk2 umah jak,bagus cari pengalaman kemahiran ....klu berminat..klu x.. Dari ko seja bah itu? ..hah!! pegi cari kemahiran...kolej giatmara,abm macam2 lgi kolej kemahiran di luarsana..kalau ABM diTAJA penuh oleh cidb.


  1. Akademi Binaan Malaysia
    Akademi Binaan Malaysia (ABM)


Berbalik kepada diri saya:-

Bidang yang saya ambil Kemahiran ialah sebagai pelukis pelan (ARCHITECTURE DRAFTING) bertempat di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. selama 6bln.. berdepan atau disebelah LRT..
naik LRT pegi Chan sow LIN
Selama 6bln saya belajar.. 2Bln belajar (manual) 4Bln belajar (AutoCad) + dengan Sketchup + ADOBEPhoto (seminggu)= Ilmu skill.. Pengajar dia memang best lah..xpayah segan.. nama pengajar dia kita panggil Encik SHAH ngan EnCik Suhaimi.. Kolej tu pun ok smua kemudahan ada.. HOSTEL pn ada Elaun pun dapat..janji habiskan belajar.. elaun nk dapat kena perhimpunan pagi2 ,senaman dengar taklimat dan amik kedatangan hah tu wajib.. setakat dtg amik kedatangan pstu cabut xmasuk klas, BOOhh lah jawabnya...Masa klasnya pn mcm hari bekeje. Isnin hingga Jumaaat dri kul 8pg - 5ptg.
Arcitecture Drafting 2013
Dalam bidang pelukis pelan ni bermacam2 kerja yg ada.  Bangunan, paip, lift, scafold, oil n gas dan mcm2 lagi, samada perkhidmatan di dalam bangunan ARCHITECT atau luar bangunan. Mahupun swasta atau kerajaan.
hasil kerja saya buat
Selepas saya tamat kursus selama 6bulan di ABM.. Bersyukur dapat Jugak PRAKTIKAL selama 3bln..(selepas 2minggu lebih menganggur) Byk kompeni2 rejemen2 yg saya hantar borang tuk praktikal..tapi boh kena layan..hihihi Biasalah masih FRESH (perawan desa) pengalaman pn blom ada.. yg penting USAHA je lah... 
FIRST saya bekerja di TLC architect sdn bhd, BER-elaun kan seratus sebulan...Mak aii..PHEH!! Kedekut abg long nya nak bayar lebih x mampu..keja lebih? tp xpe saya gagahkan je lah tuk UPGRADE skit skill dan ilmu.. Keja pnya keja (PRAKTIKAL) last2 saya pn x bleh tahan jugak..Dah le Draw kuil nak submit lagi nak kira2 untung rugi syarikat sebab pekerjanya ramai yg berhenti (resigned) sebab Abg.Long kedekut nak mampus. Tapi sementara nak angkat kaki tu saya dh plan cari2 keja tempat lain.. Akhirnya saya balik ke ABM berjumpa dgn SIFU tentang masalah kja (praktikal) di TLC architect tu... NINGNONG2..cerita2 smpi cik shah tertido dgr luahan hati saya, barulah SIFU bersetuju carikan tuk saya praktikal.. 
Program Felo Pembinaan

Ngam2 timing... Pihak CIDB datang ke ABM tuk mencari
Program Felo Pembinaan utk tahun 2013 ada 4 iaitu Pengurusan, Graduan, Supervisor dan Pekerja Mahir pembinaan(OIL AND GAS). Padahal haritu saya baru je nak balik Opis masa tu..SYUKUR (rezeki datang).. Pada masa tu jugak saya Bagi resume saya kepada pihak CIDB yg dtg masa tu TANPA lengahkan masa..Betapa gembiranya saya masa tu..tuhan je yg tahu..DiPendekKan cerita akhirnya saya dapat mengikuti kursus tersebut selama setahun di Terengganu. Mahu x mahu terpaksa je lah saya turut...kalu ikut kata hati nk je saya minta di hantar ke SABAH. Tapi apakan daya.. Ganu pun ganu lah..BEREH BOH!!

Selepas semuanya selesai nak sesuai kan diri di tempat org ni biar dari segi pemakanan, prcakapan dan suasana lama gak nak sesuaikan diri. Mcm2 karenah hahahhaha biar lah saya jak lah yg tahu.. korang buat2 bodoh ja lah.. macam ayam ngan itik..bahasa sabah lawan Ganu..hahahaha...tapi makanan dia gak paling saya suka KEROPOK LEKORNYA mantap!!  
keropok lekor
Pekerja mahir tuk Bahagian OIL AND GAS. Umumnya nampak macam senang lukis paip lurus dan kalau bengkok pon takat 30, 45, 60 atau 90 darjah. Bukan lukisan pandangan atas sahaja yang diperlukan tapi lazimnya perlu juga pandangan sisi, isometrik, lukisan perincian dan skematik. Semuanya penting untuk mendapatkan gambaran keseluruhan perjalanan setiap paip dan jenis paip.
Koordinasi dan jenis antara paip gas dan minyak juga perlu dibuat untuk elak pelanggaran paip-paip. Jadi sebagai pelukis pelan paip oil n gas, saya selalu berangan bila lah nak naik OFFSHORE .  Untuk jadi bukan pakar berangan, saya kena peka tentang jenis2 paip, fitting, studbolt dan gasket dengan cara itu, rajin-rajin mengoogle... gunakan kemudahan teknologi terkini. Jadi pelukis ni juga kena tolong bos jimatkan kos paip. Contohnya laluan paip yang tak terlalu panjang dan penggunaan FITTING.
Jika tak boleh selesai atau ada sebarang kekurangan bahan kerja dari pihak luar, saya perlu majukan kepada SENIOR DRAUGHTMAN. Info dari saya juga penting. Setiap lukisan yang siap, perlu disemak oleh diri sendiri dan diserah kepada field eng. selepas berpuas hati. Pasti ada kesilapan yang terlepas pandang. Koordinasi dengan struktur Platform yg berada di laut dan servis-servis lain yang ada dalam suatu Platform juga perlu dibuat. Peringkat ini, muafakat pelbagai pihak yang terlibat. Setiap persetujuan dan penyelesaian akan dihebahkan. Pihak berkenaan akan mengeluarkan lukisan perubahan bagi tindakan pihak-pihak lain yang terlibat. Itu pun selepas mendapat pengesahan samada daripada pihak pemaju, klien(PETRONAS) atau jurutera .
Setiap kerja perlu ada prosedur yang perlu diikut.