SignBoard Tepi jalan..(simpang nak masuk) |
Kg,Kituntul nama diberi,
“Bundu, Tuntul” DULU panggilan kami,
JKKK Kampung Senyum lebar nampak gigi,
Bila dia marah semua lari.
Sekali pandang macam TUNGOL,
Dua kali pandang hancur harapan,
Itulah TUNTUL nama timangan,
JOM!! Masuk KAMPUNG saya janganlah segan.
ok..salam sejahtera.. skarang saya nak tanya di bandar, luar bandar, negara, negeri..planet, galaksi?... kampung lah yg paling bestKAN... ngeee...balik kampung mesti ingat masa kecil2 dulu..BEtul x ?? Kedegilan, Gangsterism hahahaha Curi itu ini, TOPTEN..Btul? hahaha Tapi tu semua dulu... Hrmmm ok skang sa nak bercerita(Serita2) pasal Kampung saya KUnun..
![]() |
sekitar kampung |
![]() |
sekitar kampung II |
![]() |
Jambatan Utama masuk Ke Kampung |
Kampung Saya Kg,Kituntul adalah salah sebuah kampung yang tertua di kawasan lembahRanau,Negara SABAH,hihi.. dan terletak 6 kilometer dari Pekan Ranau. Kampung ini telah wujud sejak pemerintahan British Chartered Company. Kewujudan kampung ini berdasarkan kepada dua orang Ketua Kampung bergilir yang dilantik oleh pihak kerajaan pada masa itu sebelum pemerintahan Jepun.
![]() |
Pemandangan Pekan Ranau |
![]() |
Tuntul a.k.a 'Siput sungai'' |
Masyarakat pertama yang meneroka Kampung Kituntul tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi berdasarkan cerita orang-orang tua, sebahagian besar daripada mereka berasal daripada kawasanUlu Tuaran iaitu daripada KampungTomis. Adalah dipercayai mereka telah berhijrah ke lembahRanau semasa pemerintahan British Chartered Company iaitu dalam lingkungan Tahun 1800-an untuk mencari kawasan tanah yang sesuai untuk penanaman sawah padi. Tempat-tempat yang mereka pilih untuk diteroka ialah di sebelah menyebelah Sungai Liwagu iaitu di selatan serta barat kampung Matan dan di selatan serta timur kampung Marakau.
Tapak Perkampungan Kg.Kituntul Lama
Tapak perkampungan Kg. Kituntul Lama berkeluasan lebih kurang 6.00 ekar dan terletak dipinggirSungai Mansahaban. Kawasan ini merupakan tempat perkampungan lama yang dahulunya diduduki oleh orang-orang daripada Kg.Tomis dan itulah sebabnya kawasan itu dipanggil sebagaiPogun Bundu atau Perkampungan Orang-Orang Bundu (Tomis). Sebahagian daripada orang-orang Tomis terbut adalah nenek moyang kepada beberapa penduduk Kg. Kituntul Lama dan sebahagian lagi telah berpindah ke satu kawasan lain iaitu di Kg. Rugading dan Kg. Kinapulidan.
Tapak perkampungan Kg. Kituntul Lama telah diukur pada tahun 1960an dan dibahagikan kepada beberapa lot menurut jumlah ketua keluarga pada masa itu untuk tapak rumah dan diberi geran tanah masing-masing. Mo banyak2 sa sarita pun susah jugak.. korang lawat ja lah blog JKKK kg.Kituntul lama..lagi senang.. hihihi
Berbalik kepada sarita2 kita ni kan, Kampung saya ni skang dah boleh dikatakan maju, ala2 moden gitu hihii semua ada misalnya kemudahan komunikasi-Cybercafe, sekolah tadika, Keceriaan-taman Kampung (bunga2an) jalanraya(BERTAR) dari pekan ke kampung..dulu GERABOL..Jalan kecik @ sempit.. hrmmm walaupun kampung saya ni x terkenal di seluruh Malaysia..tapi saya bangga jadi salah satu warga kaampung disini..
gu: Warga Kg. Kituntul Lama
Warga Kampung Kituntul Lama
Saling percaya, hormat, menghargai
Perpaduan dan muafakat tunjang kerukunan
Mendukung warisan adab, resam dan budaya
Prinsip Rukun Negara pedoman kita
Jalur Gemilang tanda kita merdeka
Cerdik teknologi makmur ekonomi
Warga cemerlang, gemilang dan terbilang
Dulu lain sekarang lain.. bagus lah saya bagi THUMB-up semua penduduk kg kerana memberi kerjasama kepada kg.. terbaikkk...
Sumber;- JKKK kituntul lama. 2014
logo dicipta oleh; Fetty Tajin
Pencipta lagu dan lirik: Pn. Fetty Tajin
Komposer: Alfaromeo Fredoline
![]() |
LOGO KAMPUNG |
Biru bermakna perpaduan dan permuafakatan
Merah merupakan tanda semangat berusaha bersungguh-sungguh
"Tuntul" ataupun siput di tengah-tengah adalah simbol Kg. Kituntul Lama
Kuning merupakan kejayaan yang akan dicapai.
Ada logo mesti ada gak maksud/erti dan mesti ada lagu patriotikNYA...
Lagu rasmi Kg. Kituntul Lama
Tajuk lagu: Warga Kg. Kituntul Lama
Warga Kampung Kituntul Lama
Saling percaya, hormat, menghargai
Perpaduan dan muafakat tunjang kerukunan
Mendukung warisan adab, resam dan budaya
Prinsip Rukun Negara pedoman kita
Jalur Gemilang tanda kita merdeka
Cerdik teknologi makmur ekonomi
Warga cemerlang, gemilang dan terbilang
Dulu lain sekarang lain.. bagus lah saya bagi THUMB-up semua penduduk kg kerana memberi kerjasama kepada kg.. terbaikkk...
Sumber;- JKKK kituntul lama. 2014
logo dicipta oleh; Fetty Tajin
Pencipta lagu dan lirik: Pn. Fetty Tajin
Komposer: Alfaromeo Fredoline